Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pemandu bas kilang maut kereta terperosok bawah treler

 

JASIN: Seorang pemandu bas kilang maut, selepas kereta dipandunya merempuh sebuah treler dan terperosok di bawah kenderaan berat itu.

Kejadian berlaku pada jam 7.24 pagi tadi di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang, di sini.

Akibat kemalangan itu, mangsa, Ahmad Johari Mohamad Nin, 48 tahun, yang parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata ketika kejadian, treler dipandu seorang lelaki berusia 60 tahun dari arah kilang ke jalan besar.

Sejurus tiba di simpang, treler itu keluar dan kereta Proton dipandu Ahmad Johari gagal mengelak, lalu merempuh bahagian tengah treler.

Mayat dihantar ke Hospital Jasin.

Siasatan kes mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini