comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu Alza sebabkan kematian pejalan kaki serah diri

JOHOR BAHRU: Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang disyaki terbabit kes langgar lari yang menyebabkan seorang pejalan kaki maut, di sini, pagi tadi, sudah menyerah diri.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pemandu kereta itu menyerah diri selepas 11 jam kejadian berlaku, iaitu pada 3.30 petang.

Menurutnya, ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati positif ujian saringan pernafasan didapati negatif alkohol.

“Kes dipinda kepada Seksyen 44(1)(a) APJ 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

“Pemandu berkenaan akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan polis mengesan pemandu Perodua Alza disyaki terbabit kes langgar lari yang menyebabkan seorang pejalan kaki maut, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi di Kilometer 0.5 Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) menghala ke bandar raya ini.

Mangsa yang dirempuh parah di kepala, dan disahkan maut di tempat kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

|ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini