KUALA LUMPUR: Seorang pemancing menemui mayat seorang lelaki terapung dalam sungai yang berhampiran Jalan 5D/L Seksyen 5, Bandar Baru Bangi, petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian pada jam 5.54 petang.
“Mayat mangsa ditemui terapung berhampiran tiang konkrit saluran paip di sungai terbabit, dan anggota bomba mengangkat mayat ke tebing dengan menggunakan pengusung.
“Mayat disahkan sebagai lelaki dan lengkap berpakaian namun identitinya tidak dapat dipastikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambahnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.