Tumpuan :
Nasional

Peluang orang ramai menyelusuri perjalanan dan kepentingan Parlimen pada hari terbuka

FOTO: Parlimen Malaysia/Facebook

KUALA LUMPUR: Orang ramai dijemput hadir ke Hari Terbuka Parlimen yang akan diadakan di Dewan Bankuet, Parlimen pada hujung minggu ini.

Julung kali diadakan, pelbagai aktiviti dan pengisian menarik disediakan kepada pengunjung yang hadir bagi menyelusuri perjalanan Parlimen dan peranan pihak yang terlibat.

Terdapat 47 pempamer dari pelbagai kementerian dan agensi akan turut serta antaranya ialah pameran negarawan, persembahan kesenian dan kebudayaan, demonstrasi masakan warisan, jualan kraftangan dan lawatan berpandu ke Dewan Negara & Dewan Rakyat.

Pengunjung bukan sahaja berpeluang bertemu Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara malah boleh menghadiri syarahan oleh dua Ahli Parlimen, Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan – Kota Belud) dan Howard Lee (PH – Ipoh Timur).

FOTO: Parlimen Malaysia/Facebook

Selain itu, perkhidmatan shuttle bas percuma turut disediakan ke Parlimen dari KL Sentral dengan kekerapan bas setiap 30 minit.

Pengunjung dikehendaki mematuhi kod etika pakaian yang kasual dan sopan manakala jeans tidak dibenarkan.

Orang ramai dijemput hadir pada Sabtu dan Ahad ini bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Loading...
Terkini