comscore
Tumpuan :
Nasional

Peluang nikmati durian premium hasil penyelidikan MARDI

Foto hiasan

IPOH: Berita baik buat penggemar buah durian.

Sempena kedatangan musim durian atau Raja Buah, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Kuala Kangsar akan menganjurkan pakej Duriotourism@Mardi Kuala Kangsar, bermula 9 hingga 29 Julai.

MARDI menerusi hantaran di laman facebooknya memaklumkan penggemar durian boleh melawat ke Duriotourism@Mardi Kuala Kangsar, untuk menikmati durian premium hasil penyelidikan institut tersebut.

Hantaran itu maklumkan antara aktiviti yang terdapat dalam pakej Duriotourism itu termasuklah menaiki tram untuk melawat keindahan ladang durian MARDI Kuala Kangsar dan menikmati kelazatan durian segar dari ladang.

“Aktiviti Pakej Duriotourism dan penjualan buah durian hanya pada tarikh yang telah ditetapkan sahaja.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini