Tumpuan :
Nasional

Pelbagai Pihak Terus Bantu Mangsa Ribut

Oleh: Mohd Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Nasib mangsa ribut Rumah Pangsa Ros Merah Di Taman Johor Jaya, Johor Bahru Terus mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk badan sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan, NGO.

Hingga lewat petang tadi, 90 mangsa daripada 24 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara, PPS Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Johor Bahru, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan tidak berubah meskipun cuaca baik hari ini.

Jelasnya, lima mangsa telah berpindah ke rumah ahli keluarga terdekat namun kembali semula ke PPS itu petang tadi.

Sementara itu, pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa terlibat.

“Hari ini kita memberikan sumbangan wang tunai apabila kita sedia maklum keperluan asas mereka x boleh masuk ke rumah mungkin kita beri wang ringgit ini utk perbelanjaan wang saku mereka untuk membeli sebarang keperluan asas,” kata Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.

Antara mangsa yang terjejas ialah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Johor Jaya, yang tidak dapat menghadirkan diri ke sesi pembelajaran seperti biasa akibat keperluan persekolahan mereka rosak akibat bencana itu.

Dalam kejadian dua hari lalu itu, bumbung enam blok di rumah pangsa berkenaan diterbangkan angin menyebabkan rumah mereka di tingkat empat digenangi air.

Loading...
Terkini