comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelawak, isteri dibebas dengan jaminan polis

Foto hiasan

SHAH ALAM: Pelawak serta isterinya yang ditahan polis berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram, akan diberi jaminan polis selepas tempoh reman mereka tamat hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan itu akan diberi jaminan polis dan siasatan akan diteruskan.

“Siasatan tindakan tatatertib juga akan dijalankan ke atas isterinya yang juga anggota polis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Media semalam melaporkan pelawak serta isterinya direman dua hari bagi membantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, di aplikasi Telegram.

Pada masa sama, telefon bimbit mereka turut dirampas bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, pelawak berusia 38 tahun dan isterinya, 37, ditahan di Balai Polis Seksyen 9, di sini, 7 malam kelmarin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Terdahulu, tular di aplikasi Telegram berkaitan penulisan membabitkan IPD Shah Alam dan penyebaran gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd Manan yang meninjau IPD terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini