Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pelatih PLKN 3.0 akan jalani latihan di kem tentera

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan bersetuju untuk meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan kaedah latihan berbeza berbanding sebelumnya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, anak muda yang dipilih akan menjalani latihan di kem tentera.

Katanya, sebanyak 13 kem tentera Wataniah akan digunakan untuk latihan selama tempoh 45 hari, dengan kapasitinya menampung seramai 20,000 pelatih.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Rakyat.

“Kerajaan sudah memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada 2021 sudah pun meluluskan supaya ia dikaji semula dengan cara baharu untuk kita meneruskan PLKN.

“Satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk mengkaji bagaimana cara kita hidupkan semula PLKN, tetapi dengan acuan baharu yang mana PLKN dulu dilakukan di banyak kem.

Foto: NSTP

“Kita mahu supaya kali ini kita tidak berbelanja banyak, tetapi ia lebih memberikan pulangan baik kepada modal insan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, penambahan khidmat jurulatih dalam kalangan veteran tentera juga dialu-alukan.

Loading...
Terkini