Tumpuan :
Nasional

Pelarasan pencen ikut SSPA mengubat keluhan pesara

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan dan Swasta (Pejasma), Datuk Azih Muda.

Oleh: Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Pelarasan kadar pencen mengikut gaji akhir di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mengubat keluh-kesah pesara kerajaan.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan dan Swasta (Pejasma), Datuk Azih Muda berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam itu amat ditunggu-tunggu lebih 900,000 pesara.

“Ertinya manfaat yang diperoleh daripada kenaikan tu dapat dirasai oleh pesara-perkara juga setiap bulan.

“Walaupun ada kenaikan kos (hidup) dan sebagainya itu, tapi bila ada imbangan dalam kenaikan pencen ini maka sedikit sebanyak, terubatlah rasa keluh-kesah daripada pesara-pesara.,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Ujarnya, pelarasan untuk pencen itu ialah antara 4 peratus hingga 8 peratus.

“Sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan bagi kumpulan pelaksana dan pengurusan, kenaikannya ialah sebanyak 8% dah bagi pengurusan tertinggi ialah 4% untuk tahun 2025.

“Jadi bila kenaikan ini berlaku ertinya diambil kira daripada tahun 2012, mereka yang bersara pada tahun 2012 maknanya pencen mereka akan dikira berdasarkan kepada kenaikan sebanyak 8%.

“Maka setiap bulan pesara boleh menerima kenaikan RM200. Jadi bertambahlah kalau pencen dia dulu RM2000 jadi RM2,200 contohnya,” ujarnya.

Semalam Datuk Seri Anwar berkata, kerajaan bersetuju meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) dan penerima pencen terbitan yang telah menikmati PKKP dalam usaha menjaga kebajikan golongan itu.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu mengikut SSPA telah berkuat kuasa 1 Disember 2024 dan kemudian dilengkapkan pada Januari 2026 adalah berdasarkan semakan gaji perkhidmatan awam selaras dengan Seksyen 3, Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini