Tumpuan :
Nasional

Pelapik tungku dapur gas tersangkut pada leher kanak-kanak

FOTO: JBPM

KUALA LUMPUR: Pelapik tungku dapur gas dilaporkan tersangkut pada bahagian leher seorang kanak-kanak berusia setahun dalam satu kejadian di Kampung Sungai Ramal Dalam, Bangi, hari ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pelapik berkenaan berjaya dikeluarkan pihaknya dengan mangsa dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Usaha berkenaan dilakukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi yang bergegas ke kediaman mangsa setelah menerima laporan pada jam 8.49 pagi tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini