comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelantikan KM Melaka yang baharu jam 3 petang ini

Kompleks Seri Negeri Melaka.

MELAKA: Pelantikan Ketua Menteri Melaka yang baharu dijadual berlangsung jam 3 petang ini di Dewan Sri Utama, Kompleks Seri Negeri, dekat sini.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri dijadual di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Ali Rustam.

Perubahan tampuk pentadbiran Kerajaan Melaka susulan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 kerana masalah kesihatan.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dinamakan sebagai calon Ketua Menteri menggantikan Sulaiman.

Sebelum ini, Sulaiman yang merupakan ADUN Lendu pernah melepaskan jawatan yang dipegang beliau sejak 9 Mac 2020 dan dilantik semula pada 21 November 2021 selepas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sulaiman menggantikan Adly Zahari yang gagal mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN Melaka ketika itu.

Kelmarin, Sulaiman menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Ahmad Zahid sebelum Timbalan Perdana Menteri menghadap Yang Dipertua Negeri untuk mempersembahkan nama calon bagi jawatan berkenaan dengan Ab Rauf setakat ini menjadi calon tunggal yang dinamakan UMNO.

Spekulasi pertukaran Ketua Menteri mula dilapor media sejak kelmarin susulan tukar di aplikasi WhatsApp maklumat mengenai istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Loading...
Terkini