Tumpuan :
Nasional

Pelaku wajar dikenakan tindakan tegas – Na’im

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.- Foto fail

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas pelaku kes cabul membabitkan seorang kanak-kanak perempuan dalam masjid di Batang Kali, Selangor, jika individu terbabit terbukti melakukan perbuatan berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata tindakan tegas itu bertujuan memberi pengajaran dan iktibar kepada semua pihak.

Beliau antara lain menegaskan kejadian terbabit perlu menjadi iktibar kepada pengurusan masjid dan surau untuk mempertingkat langkah kawalan keselamatan institusi masjid dan surau.

“Kejadian seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dan mengangkat seorang kanak-kanak perempuan yang sedang bersolat di masjid pagi tadi adalah kes berunsur jenayah serta mesti dipandang serius.

“Tindakan EXCO Hal Ehwal Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Muhammad Fahmi bin Ngah, memanjangkan laporan kejadian kepada Ketua Polis Selangor adalah tindakan tepat.

“Ia agar pihak berkuasa membuat siasatan segera. Semua pihak diseru agar bertenang dan menyerahkan perkara ini kepada tindakan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini