comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelaku memang ingin bom itu cepat meletup – Siti Kasim

Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim mendakwa individu yang memasang bom di keretanya memang ingin ia cepat meletup.

Ini kerana pelaku turut meletakkan banyak bateri, tisu dan minyak di dalam botol pada bom buat sendiri itu.

“Saya juga selesai merakam keterangan kepada polis malam tadi dan berharap polis dapat segera menahan pelaku terbabit,” katanya.

Tambah Siti, beliau gembira kerana Tuhan masih sayangnya.

Beliau mengakui perkara buruk mungkin berlaku jika beliau tidak mengubah rancangan pergi ke tempat servis kereta dahulu.

Foto: Tangkap layar Facebook Siti Kasim

Siti Kasim berkata beliau tidak pasti siapa yang melakukan perkara itu namun mengakui sebelum ini pernah menerima ugutan di media sosial sehingga ada yang sudah ditahan polis.

“Ramai yang memuat naik komen mengugut dan ada yang ingin melihat saya mati kerana terlalu membenci saya kerana beranggapan saya anti-Islam sedangkan semua itu salah faham kerana saya menyuarakan orang politik menggunakan agama dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 7 Akta Letupan 1957.

“Setakat ini kes masih dalam siasatan,” katanya.

Semalam, polis mengesahkan dua objek yang dijumpai di bahagian bawah kereta Siti adalah alat letupan termampat (IED).

Terdahulu, Siti Kasim dalam siaran langsung Facebook mendakwa keretanya diletakkan objek menyerupai bom.

Jelsnya, dia menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya itu ke pusat servis pada jam 12 tengah hari.

Artikel berkaitan : Objek bawah kereta Siti Kasim sah bahan letupan IED

Loading...
Terkini