comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pelaksanaan semula PLKN: Wajar atau tidak?

 

Oleh: Luqman Kamal

PETALING JAYA: Pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 pada tahun hadapan menerima reaksi positif daripada pelajar dan ibu bapa.

Tinjauan Buletin TV3 mendapati rata-rata pelajar setuju sekiranya PLKN dilaksanakan semula dengan kaedah yang berlainan sebelum ini dan dijalankan di kem tentera.

Pelajar, Muhd Aniq Haikal berkata PLKN 3.0 wajar dilaksanakan semula kerana ia dapat membentuk jati diri pelajar berhadapan dunia luar.

Muhd Aniq Haikal

“PLKN mampu mendisiplinkan pelajar yang baru tamat persekolahan, selain mempersiapkan mereka hadapi dunia luar,” katanya.

Dalam pada itu pelajar, Diana Nur Batrisya berkata PLKN juga dapat memberi pelajar pengalaman yang berharga dalam bidang ketenteraan.

Diana Nur Batrisya

“Saya setuju dengan pelaksanaan semula PLKN kerana ia dapat beri pengalaman, contohnya dari segi pengalaman ketenteraan,” katanya ketika ditanya Buletin TV3.

Ditanya mengenai kesediaan untuk menyertai PLKN, rata-rata pelajar menyatakan hasrat dan minat yang mendalam, selain tidak sabar untuk merasai pengalaman di kem PLKN.

Awangku Danish Iman

Bagi Awangku Danish Iman, beliau bersedia untuk memasuki kem PLKN sekiranya terpilih.

“Saya berminat (untuk sertai PLKN) apabila melihat mereka berkawad dan berdikari dalam hutan buatkan saya teringin untuk sertai.

“Abang saya pernah sertai PLKN sebelum ini, jadi ia membuatkan saya turut ingin sertai sama,” katanya kepada Buletin TV3.

Bukan sahaja pelajar, malah ibu bapa turut memberi reaksi positif apabila diajukan soalan sama mengenai PLKN.

Menurut Zainal, beliau akan membenarkan anaknya untuk sertai PLKN sekiranya terpilih.

“Saya izinkan anak saya (pergi) untuk menambah pengalaman dia,” katanya.

Bagi Mariam pula, beliau hanya membenarkan anaknya sertai PLKN sekiranya dipersetujui oleh anaknya.

“Makcik akan izinkan…kalau dia (anak) setuju,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan PLKN 3.0 akan diperkenalkan semula dengan kaedah latihan berbeza selepas ia dimansuhkan pada 2018.

Loading...
Terkini