Tumpuan :
Nasional

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia

Oleh: Izzatie Rizan

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Lan Zailan dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) disini pada jam 4.24 pagi Khamis.

Berita pemergian Allahyarham disahkan isterinya Ruby Sara Omar yang memaklumkan beliau meninggal dunia akibat kanser pankreas tahap empat.

“Benar suami saya menghembuskan nafas terakhir jam 4.24 pagi tadi. Semua Ahli keluarga ada disisinya ketika itu,” katanya dengan sebak ketika dihubungi Buletin TV3.

Menurut Ruby, Jenazah akan disolatkan di Masjid As-Salam Puchong Perdana sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.

Terdahulu, Allahyarham atau nama sebenarnya Zailan Kamaruddin 66, menerima rawatan di PPUM sejak Ahad lalu selepas kesihatannya merosot.

Beliau didiagnos kanser sejak 27 November lalu.

Aktif mewarnai dunia seni sejak 1980-an, pelakon ini telah membintangi pelbagai filem dan drama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini