comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelajar tingkatan lima maut, motosikal terbabas langgar tiang elektrik

Keadaan motosikal mangsa yang remuk selepas terbabas dan melanggar tiang elektrik di Felda Bukit Jalor, Gemencheh.- FOTO Ihsan Polis.

TAMPIN: Seorang pelajar tingkatan lima yang baru pulang dari sekolah maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Felda Bukit Jalor, Gemencheh, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa berusia 17 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felda Bukit Jalor dari arah Ayer Kuning Selatan.

“Apabila sampai di Kilometer 4 Jalan Felda Bukit Jalor, dipercayai penunggang motosikal hilang kawalan lalu terbabas, masuk ke laluan bertentangan dan terlanggar sebatang tiang elektrik yang berada di bahu jalan,” katanya, hari ini.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat dihantar ke bahagian forensik Hospital Tampin untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor R Sritharan di talian 064412502 atau Bilik Gerakan 064431999.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini