Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pelajar tahfiz maut van terbabas dalam parit

PENGKALAN CHEPA: Seorang pelajar tahfiz maut selepas selepas van yang dinaiki bersama 11 rakan lain terbabas ke dalam parit dalam kejadian di Taman Bendahara berdekatan Jalan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), di sini, jam 11.32 tengah hari tadi.

Mangsa, Wan Ahmad Izzat Alauddin Mohd Faris, 12 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Bapa tiri mangsa, Zawawi Muhamad berkata dia menerima berita kemalangan yang menimpa anak tunggalnya itu melalui kumpulan WhatsApp maahad tahfiz berkenaan sebelum terus bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya hanya 15 minit dari rumah.

”Tahu kejadian ustaz dia masuk dalam whatsapp sekolah last jumpa anak minggu lepas dia demam masa demam tu saya buat balik seminggu lepas tu baru sekolah balik tak ada oyat apa biasa cuma dia telefon cakap dengan umi dia telefon cakap nak pergi beli baju raya kasut raya gitu la tak ada oyat apa-apa selain tu,” katanya.

Menurut Zawawi, dia sepatutnya mengambil Wan Ahmad Izzat pulang ke rumah malam ini, untuk beraya, tetapi Allah lebih menyayanginya.

Dia tidak menyangka keterujaan anaknya untuk keluar membeli kelengkapan raya bersama rakannya adalah petanda untuk dia pergi selamanya.

Jenazah kanak-kanak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chiku 7, Gua Musang.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Alam Nasut Ilias berkata ketika nahas van  terbabit membawa 12 pelajar sebuah maahad tahfiz.

Loading...
Terkini