Tumpuan :
Nasional

Pelajar tahfiz maut terkena renjatan elektrik

BESUT: Seorang pelajar tahfiz di sebuah madrasah tahfiz di Kampung Gong Penaga, Jabi, maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa, Muhammad Fahim Rasyidi Shariful Hadi, 18, dari Klang, Selangor disahkan meninggal dunia di unit kecemasan Hospital Besut kira-kira jam 11.35 malam.

Katanya, pengadu yang juga guru tahfiz menerima panggilan dari rakan setugas memaklumkan mangsa tidak sedarkan diri selepas terkena renjatan elektrik kira-kira jam 10.30 malam.

“Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik semasa dia memegang mentol untuk pergi basuh tangan di ruangan sinki ketika hujan lebat

“Ketika pengadu sampai di madrasah mendapati pelajar lain mengangkat mangsa ke dalam kereta dan terus ke Hospital Besut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rozak berkata, pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia ketika berada di unit kecemasan hospital.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini