comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelajar sekolah berasrama penuh dilaporkan hilang sejak Sabtu

Fatin Darynn Erisha Azmirudin hilang dari asrama sekolah sejak Sabtu. – FOTO: Ihsan Polis

KUALA BERANG: Seorang pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Hulu Terengganu dipercayai menghilangkan diri dari asrama sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, kehilangan Fatin Darynn Erisha Azmirudin, 16, disedari seorang daripada gurunya.

Beliau berkata, susulan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Berang semalam.

“Fatin Darynn Erisha beralamat di Taman Tiara Paka, Paka, Dungun didapati hilang dari sekolah berkenaan Sabtu lalu.

“Kita (polis) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui keberadaan Fatin Darynn Erisha supaya menghubungi balai polis,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini