comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelajar perempuan 16 tahun dilapor hilang di Subang Jaya

Zaida Zainul Rizam, 16 tahun dilapor hilang sejak petang, semalam.

SUBANG: Pelajar perempuan tingkatan empat dilaporkan hilang selepas tidak pulang dari sekolah di Jalan SS17 Subang Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, polis menerima laporan kehilangan Zaida Zainul Rizam berusia 16 tahun itu pada 10.16 malam tadi.

“Kali terakhir remaja itu dilihat berada di sebuah sekolah menengah kira-kira 1.30 petang.

“Remaja yang hilang itu berketinggian anggaran 164 sentimeter dengan berat badan 53 kilogram dan berambut pendek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja terbabit supaya tampil menyalurkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-78627222/100.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini