Tumpuan :
Nasional

Pelajar Palestin di Malaysia turut dibantu

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

SEPANG: Kerajaan bersetuju menggunakan sebahagian daripada RM100 juta kutipan Tabung Kemanusian Palestin untuk kegunaan pembiayaan kos sara hidup pelajar Palestin di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dipersetujui jemaah menteri.

“Kos pengajian dan beberapa kos lain yang terlibat. Ini kerana pembiayaan terutamanya dariapda ibubapa mereka tidak dapat sampai sebabkan keluarga mereka telah tiada lagi disebabkan pengeboman atau disebabkan punca kewangan yang telah terputus atau disebabkan oleh sistem untk penghantaran telah juga terputus.” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir menyempurnakan majlis perlepasan bantuan barang keperluan kepada penduduk Palestin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam tadi.

Tambahnya Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata, pihaknya akan menyediakan senarai lengkap pelajarnya di negara ini kepada Kementerian Luar Negeri.

Media sebelum ini melaporkan Kerajaan menyasarkan kutipan RM100 juta ringgit untuk Tabung Kemanusiaan Palestin.

Loading...
Terkini