BATU PAHAT: Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori yang membuat pusingan U, di Jalan Kluang – Batu Pahat, dekat sini, pagi tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku jam 6.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan ke sekolah.
Menurut video yang viral di media sosial, sebuah lori tiba-tiba membuat pusingan U, menyebabkan mangsa gagal mengelak dan motosikal berkenaan merempuh bahagian sisi lori terbabit hingga menyebabkan berlaku letupan dan terbakar.
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori yang membuat pusingan U, di Jalan Kluang – Batu Pahat, pagi tadi.
Sumber orang awam pic.twitter.com/VoKu9f7GjP
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 25, 2023
Kejadian itu turut dikongsi beberapa pengguna media sosial yang kecewa dengan pemandu lori berkenaan.
Polis yang dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kemalangan berkenaan.
Laporan lanjut menyusul.