comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelajar maahad tahfiz dilaporkan hilang, polis mohon kerjasama orang ramai

FOTO: Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dilaporkan hilang dari sebuah sekolah maahad tahfiz di Hulu Langat, Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata laporan polis mengenai kehilangan pelajar itu diterima pihaknya pada jam 6.15, petang, semalam.

Katanya, Kasyfi Isyraq Kharudin, 16, disedari hilang pada jam 8 pagi, semalam sebelum satu laporan polis dibuat oleh seorang warden di sekolah maahad tahfiz terbabit.

“Siasatan awal mendapati pelajar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan sekolah maahad tahfiz itu, kira-kira jam 3 petang, kelmarin.

“Orang hilang (OH) kali terakhir dilihat memakai pakaian baju jersi warna merah jambu, berseluar trek warna biru gelap atau hitam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Naazron, ciri fizikal pelajar itu adalah berkulit sawo matang, dengan ketinggian kira-kira 155 sentimeter (sm) dan berat badan 49 kilogram (kg).

“Kita pohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu terbabit untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan polis.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi terus Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang melalui talian 03-89114222, atau pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin melalui talian 016-9985730,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini