comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelajar lelaki tipu NGO ditahan polis

JITRA: Pelajar lelaki sebuah universiti di utara di sini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan membabitkan orang awam dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pelajar berusia 20-an itu ditahan pada jam 4 petang hari ini.

Beliau berkata, dia ditahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.

“Suspek akan direman esok di Mahkamah Jitra,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media semalam melaporkan, Cancer Survivors Malaysia (CSM) membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu seorang pelajar lelaki sebuah universiti di utara negeri ini kononnya dia memerlukan wang untuk membayar yuran pengajian.

Pengerusi CSM, Zuraini Kamal berkata, pelajar berusia 20-an memperkenalkan dirinya sebagai Lim dan menghubunginya pada Ahad lalu untuk membantunya mendapatkan dana bagi membiayai pengajiannya berjumlah RM5,000 dengan alasan keluarganya tidak berkemampuan.

Katanya, pelajar terbabit juga memberi alasan yang dia akan dibuang daripada universiti berkenaan jika dia tidak membayar yuran terbabit dan hasil maklumat yang diterima, pelajar itu dipercayai terbabit dalam perjudian dalam talian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini