comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelajar lari dari asrama masih trauma, buat laporan polis selepas keluar hospital

Foto dikongsi orang ramai yang menemui Danial yang dikatakan hilang dari asrama sekolahnya di Cheras. FOTO: Facebook

 

KUALA LUMPUR: Ibu bapa kepada pelajar sebuah sekolah berasrama di Cheras, Muhammad Danial Akmal Zulkhairi, 14, yang melarikan diri dari asrama selepas didakwa tidak tahan dibuli, akan membuat laporan polis selepas anak mereka keluar dari hospital.

Ibu mangsa, Shuhada Jamaludin, 38, berkata Muhammad Danial dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) sejak ditemui pada malam Jumaat lalu dan kini masih berada dalam keadaan trauma.

“Semalam saya sudah ke balai polis tapi atas nasihat polis, mereka minta saya menunggu sehingga Danial betul-betul sembuh dan keluar dari hospital dahulu. Jadi, tidak boleh buat laporan lagi.

“Saya tidak pasti bila Danial akan keluar hospital. Mungkin ambil masa lama,” katanya kepada BH, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Danial yang hilang pada Khamis lalu, mendakwa melarikan diri dari asrama kerana tidak tahan dibuli.

Shuhada sebelum ini memaklumkan, anaknya itu yang ditemui selamat oleh orang awam ketika berada di pondok menunggu bas di hadapan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak di sini pada malam Jumaat lalu, mengaku dibuli dengan teruk.

Katanya, akibat kejadian buli itu, Muhammad Danial yang mesra disapa sebagai Enel bertindak nekad melarikan diri dari asrama sekolah pada jam 3 pagi, Khamis lalu.

Beliau turut mempertimbangkan tindakan perundangan kerana kejadian itu dikatakan bukan kali pertama berlaku pada anaknya itu.

Sementara itu, ditanya mengenai hasil pemeriksaan doktor, termasuk sama ada terdapat kecederaan pada tubuh Muhammad Danial, Shuhada berkata, beliau tidak boleh memberitahu dengan lebih lanjut kerana ia masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini