comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelajar kolej maut, motosikal terbabas ketika pulang bersahur

Mayat mangsa tercampak di tepi jalan selepas motosikal ditungganginya terbabas di Jalan Kampung Sebatu, Sungai Rambai. – FOTO: NSTP/ IPD Jasin.

JASIN: Seorang penuntut Kolej Komuniti Jasin maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Jalan Kampung Sebatu, Sungai Rambai, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu, pelajar semester 1 berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Merlimau selepas bersahur di sebuah gerai bersama seorang rakan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa, Ibrahim Mohd Adham,19, yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda 115Z dari arah Sungai Rambai menghala ke Merlimau.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati rakan mangsa yang menunggang motosikal berasingan berada jauh di hadapan dan tidak perasan kemalangan itu.

FOTO: NSTP/ IPD Jasin.

“Semasa sampai di lokasi kemalangan mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan tercampak beberapa meter ke tepi jalan.

“Akibatnya mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan perubatan.
“Mayatnya dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Jamil, sewaktu kejadian mangsa yang berasal dari Bangi, Selangor menunggang motosikal dipinjam daripada rakan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan mengikut

Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini