Tumpuan :
Nasional

Pelajar hilang jatuh di Sungai Pahang

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) disertai bomba, polis serta dibantu penduduk kampung dilancarkan sejurus kejadian.

Oleh: Fazli Ahmad

PEKAN: Seorang pelajar hilang setelah terjatuh bot selepas memeriksa jaring di Sungai Pahang dekat Kampung Tanah Merah, Paloh Hinai, di sini, pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, ketika ini operasi mencari dan menyelamat mangsa masih giat dijalankan.

Menurutnya, 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan serta Maran bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan pada jam 8:55 pagi.

Tumpuan SAR pagi ini ialah di permukaan sungai dan dibantu pasukan selaman Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Katanya, berdasarkan laporan awal, saksi mendakwa ternampak pelajar terbabit sedang menuju ke tebing Sungai Pahang.

“Bot dikemudi mangsa dipercayai hilang kawalan dan pelajar terbabit jatuh ke sungai dan hilang setelah dihanyut arus.” katanya menerusi kenyataan media.

Difahamkan mangsa merupakan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran Satu, berusia 17 tahun.

Zulfadli berkata, ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) disertai bomba, polis serta dibantu penduduk kampung dilancarkan sejurus kejadian.

Tumpuan SAR pagi ini ialah di permukaan sungai dan dibantu pasukan selaman Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini