comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelajar, guru bertadarus bersama raikan Ramadan

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

KANGAR: Bertadarus al-Quran antara salah satu pengisian Ramadan yang menjadi amalan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Alawiyah, disini.

Sepanjang bulan suci ini, mereka meluangkan masa 30 minit setiap hari membaca al-Quran berdasarkan juzuk yang ditetapkan.

Bercakap kepada Buletin TV3, Pengetuanya, Shakirah Ahmad, berkata amalan bertadarus itu melibatkan keseluruhan pelajar dari tingkatan 1 hingga 6 serta guru dan kakitangan pentadbiran sekolah.

Bagaimanapun, amalan bertadarus yang bermula pada 1.40 hingga 2.10 petang setiap hari itu tidak mengganggu sesi pembelajaran pelajar.

“Untuk pelajar, mereka bertadarus di dalam kelas masing-masing iaitu 31 kelas semuanya.

Nurul Farhana Zulkifli, pelajar tingkatan 5 yang menjadi naqibat (ketua) membimbing bacaan al-Quran, di dalam kelasnya

“Manakala guru dan staf pentadbiran akan membaca al-Quran secara berkelompok di banyak tempat antaranya ruangan pejabat, bilik guru dan makmal komputer,” katanya ketika ditemui.

Shakirah turut memimpin bacaan al-Quran bersama beberapa orang guru di ruangan pejabat.

Sementara itu, pelajar yang ditemui berkata amalan bertadarus itu membantu mereka memperbaiki bacaan al-Quran dan saling mengeratkan silaturahim.

“Tadarus al-Quran bermula selepas habis PdP dan setiap kelas ada naqibat (ketua) masing masing yang akan memimpin bacaan al-Quran tu,” ujar Iman Najwa Izwan, pelajar tingkatan 5.

Nurul Farhana Zulkifli, pelajar tingkatan 5 yang menjadi naqibat (ketua) membimbing bacaan al-Quran, di dalam kelasnya

Bagi seorang lagi pelajar tingkatan 5, Nurul Farhana Zulkifli, dia dan rakan akan saling menegur sekiranya ada bacaan yang salah.

“Kalau ada baca salah kami akan tegur dari segi tajwid ke makhraj ke… Kami saling menegur dan memperbaiki bacaan,” katanya.

Selain bertadarus, pelajar yang belum mahir membaca al-Quran akan dibantu dan dibimbing oleh beberapa orang guru sehingga berjaya khatam al-Quran.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMKA (P) Alawiyah, Nadiah Yunos

Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Nadiah Yunos, yang juga alumni sekolah itu berkata tadarus al-Quran sudah menjadi amalan di SMKA (P) Alawiyah sejak dahulu lagi.

“Saya berada di sekolah ni sejak tahun 90-an lagi, dahulu lagi kita buat tadarus, khatam al-Quran jadi budaya tu kita teruskan sehingga sekarang.

“Cuma saya lihat ada beberapa penambahan dan aktiviti tu sentiasa ada penambahbaikan insyaAllah,” katanya.

Loading...
Terkini