comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelajar ditemui lemas selepas terjatuh dalam kolam tadahan air

FOTO: Ihsan JBPM Johor

MUAR: Seorang pelajar di Sri Menanti dekat sini, ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah kolam tadahan air, di Parit Jawa, dekat sini, petang semalam.

Mangsa yang berumur 13 tahun dilaporkan sedang bermain air bersama tujuh lagi rakannya ketika kejadian kira-kira jam 4.57 petang.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Muhkliz Azman Aziz berkata, mangsa dilaporkan terjatuh dalam kolam dalam kawasan kebun sawit, di Parit Jawa.

FOTO: Ihsan JBPM Johor

“Rakan mangsa cuba membantu menyelamatkannya, namun gagal. Mereka kemudian menghubungi jabatan bomba dan penyelamat” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu sebuah jentera bomba dan penyelamat Muar bersama sembilan anggota dari balai Muar bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan dua minit selepas kejadian, diketuai pegawai bomba kanan 1, Johar Tumin.

Katanya, anggota bomba melakukan pencarian secara teknik surface.

FOTO: Ihsan JBPM Johor

“Kira-kira jam 9.45 malam mayat mangsa ditemui di dasar kolam pada kedalaman 3 meter dengan jarak kira-kira 2 meter dari tebing mangsa dilaporkan terjatuh” jelasnya.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Muar Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk proses bedah siasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini