Tumpuan :
Nasional

Pelajar dipukul senior buat laporan polis

 

Tangkap layar video tular

 

KUALA NERUS: Polis menerima laporan membabitkan seorang pelajar Tingkatan Satu yang dipercayai dipukul sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah di daerah ini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, berdasarkan laporan, mangsa mendakwa didatangi tiga pelajar yang mencari rakan mangsa, mangsa memberitahu tidak tahu, selain meminta mereka tidak memukul dalam kawasan sekolah.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Buli pelajar tingkatan satu, JPNT terima laporan

“Bagaimanapun, suspek bertindak memukul mangsa dengan menendang muka dan badan.”

Abdul Rahim berkata, guru yang menyedari kejadian yang berlaku dalam kawasan sekolah kira-kira jam 12.30 tengah hari, membawa mangsa mendapatkan rawatan di hospital.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan punca yang menyebabkan mangsa dipukul juga masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan seorang pelajar dipukul dan dipijak sekumpulan pelajar lain hingga sesak nafas.

Kejadian dikatakan berlaku Khamis lalu membabitkan pelajar Tingkatan Satu dipukul pelajar Tingkatan Dua sekolah sama.

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) turut mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Loading...
Terkini