comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelajar cedera diserang monyet di sekolah

ISKANDAR PUTERI: Seorang pelajar di sebuah sekolah menengah kebangsaan dekat sini, cedera selepas diserang monyet yang menceroboh kawasan sekolah berkenaan.

Pelajar yang berusia 13 tahun itu kemudian dikejarkan ke klinik berdekatan oleh penjaga pelajar berkenaan untuk menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, sebuah jentera bersama tujuh anggota dari balai Iskandar Puteri diketuai pegawai bomba kanan dua, Ishak Noh dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 12.10.tengahari.

Katanya, anggota yang tiba dilokasi kemudian berjaya menangkap haiwan liar berkenaan.

“Haiwan terbabit kemudian diserahkan kepada pihak jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Usaha menghubungi pihak sekolah gagal kerana sekolah di Johor bercuti hujung minggu hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini