Tumpuan :
Nasional

Pelajar 17 tahun maut, motosikal dirempuh pikap

FOTO: PDRM

JEMPOL: Seorang pelajar maut selepas motosikal ditunggang dirempuh kenderaan pikap Kilometer 0.5 Jalan Bahau-Rompin, kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa yang berusia 17 tahun bersama seorang rakannya menunggang motosikal jenis Yamaha EGO dari arah Bahau ke Rompin.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, katanya, motosikal ditunggang mangsa dirempuh pikap jenis Mitsubishi Triton dipandu seorang wanita dari arah bertentangan.

“Mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng patah kaki kanan.

“Pemandu pacuan empat berusia 60 tahun dan tiga penumpang tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Chang Hook berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, saksi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jempol, Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof, di talian 016-2348669.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini