comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelajar 15 tahun maut dilanggar pikap

Pelajar perempuan 15 tahun maut dilanggar pikap dipandu seorang lelaki di Jalan Penyabong Endau, Mersing, Johor. Foto tular

MERSING: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga meninggal dunia selepas dilanggar sebuah pikap di Jalan Penyabong Endau, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Polis, Abdul Razak Abdullah Sani berkata mangsa yang baru turun bas sekolah sedang melintas jalan sebelum kejadian.

“Polis terima panggilan jam 3.45 petang semalam, pihak polis telah terima satu panggilan daripada orang awam mengenai kes kejadian.

“Toyota Hilux berkenaan dipandu seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun dari Penyabong hendak menuju ke Endau.

“Semasa pemandu tersebut bergerak lurus secara tiba-tiba seorang pejalan kaki telah melintas jalan secara tiba-tiba. Pemandu tidak sempat mengelak dan melanggar pejalan kaki tersebut,” katanya dihubungi hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Mersing untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia jam 10.24 malam tadi.

“Polis terima makluman daripada Hospital Mersing bahawa pejalan kaki tersebut telah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya.

Loading...
Terkini