comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pekerja MYAirline buat laporan polis, nasib tergantung

 

SEPANG: Sekumpulan pekerja MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) hari ini berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang untuk membuat laporan terhadap syarikat penerbangan itu yang gagal menyatakan status mereka yang masih tergantung.

Selain pekerja, turut serta menemani mereka adalah wakil daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor, berkata MYAirline perlu memberikan penjelasan mengenai nasib pekerja ini sama ada mereka masih lagi bekerja atau tidak.

Katanya, keadaan mereka yang seolah-olah tergantung menyukarkan kumpulan pekerja terbabit sama ada untuk mencari pekerjaan lain atau untuk membuat tuntutan skim insuran pekerjaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Justeru, beliau berkata menjadi tanggungjawab untuk MyAirline membela nasib pekerja terbabit kerana perkara ini membabitkan sektor pengangkutan awam dan imej negara.

“Syarikat perlu melunaskan gaji pekerja yang tertunggak termasuk faedah pemberhentian sekiranya ditamatkan kerja.”MTUC berharap Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mengambil tindakan segera bagi membantu membela nasib pekerja,” katanya.

Pada 12 Oktober lalu MyAirline membuat pengumuman memberhentikan operasi sementara menerusi emel yang dihantar kepada pekerja pada jam 5.18 pagi. Menurut sumber terdapat kira-kira 900 pekerja dalam pelbagai bidang di syarikat itu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini