comscore
Tumpuan :
Nasional

Pekerja ladang wanita cedera diserang gajah liar

Anggota PERHILITAN melakukan siasatan di lokasi semalam, susulan kejadian seorang wanita warganegara Myanmar dari Ladang Teroka Tuah Sdn Bhd, Aring 8, di sini, diserang seekor gajah liar dalam kejadian Jumaat lalu. – FOTO: NSTP/ Ihsan PERHILITAN

GUA MUSANG: Seorang pekerja wanita ladang getah warganegara Myanmar dari Ladang Teroka Tuah Sdn Bhd, Aring 8, di sini, diserang seekor gajah liar dalam kejadian Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 10 pagi, semalam.

“PERHILITAN daerah Gua Musang menerima panggilan daripada pejabat ladang berkaitan seorang pekerja ladang getah yang mengalami kecederaan disyaki berpunca daripada serangan hidupan liar.

“Kejadian disyaki berlaku lebih kurang 8 pagi pada Jumaat lalu. Anggota kami tiba di tempat kejadian jam 12.30 tengah hari, semalam dan dibawa ke lokasi kejadian oleh suami mangsa serta kerani ladang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Hafid berkata, mengikut rekod aduan konflik hidupan liar, pejabat PERHILITAN Gua Musang tidak pernah menerima aduan dari Ladang Teroka Tuah Sdn Bhd bagi 2023 dan 2024.

Katanya mengikut rekod, kes kecederaan atau kematian membabitkan serangan gajah liar hanya terdapat dua kes tahun lalu.

“Kes pertama pada 2 Ogos tahun lalu di Ladang Sindiyan, Tanah Tinggi Lojing, yang membabitkan kematian seorang lelaki dan kedua pada 4 Disember lalu di Ladang Upaya Padu yang membabitkan kematian seorang lelaki warga Indonesia.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar dan tidak melakukan provokasi.

“Sebarang aduan dan maklumat berkenaanhidupan liar perlu disalurkan kepada Jabatan PERHILITAN melalui talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman webwww.wildlife.gov.my,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini