Tumpuan :
Nasional

Pekerja ladang maut dibaham buaya

LAHAD DATU: Buaya yang membaham pekerja ladang di Sungai Matamba, Jalan Silabukan, di sini, pagi tadi, ditembak mati.

Reptilia itu dikesan di kawasan sungai kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa disambar dengan keadaan mangsa berada di mulut buaya terbabit.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Riki Mohan Singh Ramday berkata, setibanya pasukan penyelamat, buaya terbabit masih kelihatan di kawasan sungai, kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa disambar.

FOTO: JBPM

“Anggota Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah melepaskan lima das tembakan ke arah buaya berkenaan. Selepas kematian buaya itu disahkan, pasukan bomba turun ke sungai untuk mengambil mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala buaya sepanjang 4.6 meter itu diserahkan kepada JHL,” katanya.

Terdahulu, mangsa Rusdi Tambah, 45, yang juga warga Indonesia dikatakan sedang memancing di tepi sungai berkenaan sebelum disambar oleh buaya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini