Oleh: Juliana Sharin
PETALING JAYA: Seorang pekerja kilang maut selepas dihempap forklift dalam kejadian di sebuah kilang di Bukit Raja, Klang, Selangor, tengah malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.35 tengah malam.
Menurut kenyataan itu, seorang remaja 18 tahun terperosok di bawah jentera berat berkenaan.
Mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala.
Mangsa dikeluarkan dan diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), namun disahkan telah meninggal dunia”, katanya dalam satu kenyataan.