Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pekerja cedera, letupan gas nitrogen di Shah Alam

SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang kritikal manakala dua lagi cedera dalam kejadian letupan gas nitrogen di sebuah kilang di Kota Kemuning dekat sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya terdahulu menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 10.14 pagi.

FOTO: JBPM

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika pasukan penyelamat tiba, didapati berlakunya letupan gas nitrogen ketika ujian tekanan dilakukan oleh pekerja kilang.

“Letupan itu membabitkan tiga mangsa lelaki tempatan yang mana seorang daripadanya kritikal.

“Letupan berkenaan tidak membabitkan struktur bangunan dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dikejarkan ke tempat kejadian bagi memastikan tiada kemerbahayaan di lokasi,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini