KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja pembinaan maut selepas ditimpa syiling di sebuah tapak pembinaan pasar raya di daerah ini petang tadi.
Kejadian menimpa lelaki berusia 17 tahun itu disedari salah seorang pekerja yang kemudiannya menghubungi polis jam 4.51 petang.
Polis yang menerima maklumat bergegas ke lokasi kejadian dan pasukan perubatan yang berada di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, hasil siasatan mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.