comscore
Tumpuan :
Nasional

Pekerja Bangladesh maut terjatuh dari ketinggian 18 meter

KEPALA BATAS: Seorang pekerja warga Bangladesh maut selepas terjatuh dari ketinggian 18 meter ketika sedang menjalankan kerja-kerja membuka formwork di sebuah tapak pembinaan di sini pada Isnin.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang memaklumkan mangsa berusia 22 tahun itu merupakan pekerja am dari syarikat subkontraktor dilantik untuk menjalankan kerja-kerja membuka formwork pada struktur bumbung lubang aliran udara pada bangunan dikenali dog house untuk pekerja di tapak pembinaan berkenaan.

“Pekerja itu telah dijumpai di aras bawah bersama sekeping plywood yang jatuh bersamanya dan mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pihak JKKP telah ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan awal,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan notis pemberhentian serta-merta ke atas kerja-kerja melibatkan semua struktur aliran udara pada bangunan di kawasan kejadian di tapak pembinaan tersebut telah dikeluarkan sehingga siasatan selesai dijalankan.

Pihak JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan dan membuat pembentangan kes kepada JKKP. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini