Tumpuan :
Nasional

Pekerja Bangladesh maut, jentera pengorek terbalik

Jentera pengorek dikendalikan pekerja Bangladesh terbalik menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian di Kuari Batu 10, Jalan Terap. – FOTO: NSTP/Ihsan Bomba

KULIM: Seorang pekerja warga Bangladesh maut akibat tersepit selepas jentera pengorek dikendalikannya terbalik di Kuari Batu 10, Jalan Terap di sini, Sabtu lalu.

Kejadian kira-kira 11.30 itu berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja di kawasan kuari berkenaan.

Difahamkan, mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Azmir Hasan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu Pada jam 11.53 pagi, Sabtu lalu dan sepasukan anggota dari BBP Kulim Hi Tech dikejar ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati mangsa berada dalam jentera pengorek yang terbalik menyebabkan mangsa tersepit.

“Mangsa dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan bantuan sebuah lagi jentera pengorek dan peralatan penyelamat,” katanya di sini hari ini.

Azmir berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini