comscore
Tumpuan :
Nasional

Pejabat SNN Tebedu kelima ditubuhkan, pantau pergerakan dadah di sempadan Malaysia-Indonesia

Oleh: Kadir Edison

KUCHING: Pejabat Sekretariat Nukleus Narkortik (SNN) Tebedu, Serian akan menjadi SNN kelima diwujudkan di negara ini oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas pejabat sama diwujudkan di Perak, Kelantan, Kedah dan Sabah bagi memantau dan membanteras penyeludupan dadah di sempadan negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pejabat terbabit akan dioperasikan oleh tujuh pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik JSJN yang akan memantau pergerakan dadah sepanjang sempadan negara dengan Indonesia.

“Pengoperasian pejabat kelima SNN ini diwujudkan dan dibiayai oleh Pentadbiran Peguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA) dengan peruntukan berjumlah AS 700 ribu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media melepasi menghadiri Forum Khas Narkotik Bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan One Stop Center bagi Menangani isu dadah dan substan di Kuching.

Ayob berkata, kajian juga turut dilakukan bagi mengenalpasti dan menentukan sama ada terdapat keperluan untuk menubuhkan Pejabat sama di Lubok Antu atau kawasan sempadan Sarawak yang lain.

“Kita akan tengok keadaan kesesuaian, setakat ni dari segi keadaan kita punya sempadan dan sebagainya situ yang sesuai untuk dibina bagi memantau gerakan disitu.

“Mungkin lepas ini kita ada tempat-tempat lokasi sempadan yang kita rasa perlu untuk kita wujudkanpejabat SNN ini kita akan wujudkan bergantung kepada keadaan semasa dan kajian akan dilaksanakan,” katanya.

Tambah Ayob , polis akan mewujudkan perjawatan baharu bagi menangani kes berkaitan narkortik di 13 daerah yang tidak mempunyai pegawai atau anggota yang boleh mengendalikan kes-kes berkaitan di daerah berkenaan.

Daerah terbabit termasuk, Matu Daro, Julau, Lundu, Belaga, Marudi, Maradong, Simunjan, Lubok Antu, Kanowit, Saratok, Dalat, Tatau dan Song.

Jelasnya, dengan kewujudan jawatan baharu itu menjadikan semua daerah di Sarawak akan mempunyai pegawai dan anggota bagi mengendalikan kes-kes narkotik dengan lebih berkesan serta efektif.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini