Tumpuan :
Nasional

Pejabat Kebajikan Masyarakat Rompin jejak waris bayi perempuan

IHSAN FB PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH ROMPIN

KUANTAN: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin sedang mengesan waris kepada bayi perempuan yang ditinggalkan tanpa dokumen di Tapak Projek PR1MA Pinggir Pelangi, Muadzam Shah, Rompin pada 1 November lepas.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin menerusi Facebook memaklumkan bayi berusia tujuh hari itu telah dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk pemeriksaan lanjut dan kini ditempatkan di lokasi selamat.

“Individu yang mempunyai maklumat berkaitan bayi ini dimohon menghubungi Pelindung Kanak-Kanak untuk menyalurkan maklumat yang dapat membantu Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin mengesan waris bayi untuk proses selanjutnya,” menurut hantaran itu.

Sebarang maklumat boleh hubungi Pelindung Kanak-Kanak Jenati Deleh menerusi talian 09-4145 278. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini