comscore
Tumpuan :
Nasional

Pejabat JAKOA Gombak terbakar

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran pejabat JAKOA Gombak tengah hari tadi. Foto ihsan JBPM Selangor

GOMBAK: Pejabat Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) Daerah Gombak dan Petaling di Kampung Sungai Chinchin, dekat sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima laporan kebakaran pada jam 1.35 tengah hari tadi.

Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan Wangsa Maju dengan kekuatan 18 anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi bersama tiga anggota bomba sukarela.

Kebakaran membabitkan pejabat JAKOA dan sebuah kontena yang dijadikan pejabat.

Kebakaran menyebabkan pejabat JAKOA musnah 80 peratus manakala kontena itu musnah seratus peratus.

Api dapat dipadamkan sepenuhnya jam 2.08 petang.

Tiada mangsa tercedera.

Loading...
Terkini