comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Peguam sahkan Syamsul Yusof fail cerai

Syamsul Yusof, Ira Kazar

KUALA LUMPUR: Peguam syarie mewakili pengarah kontroversi Syamsul Yusof, iaitu Azmi Mohd Rais mengesahkan anak guamnya memfailkan perceraian terhadap isteri, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, kira-kira jam 2 petang tadi.

Azmi berkata, Syamsul memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman dengan isteri. Namun, maklumat lanjut mengenai perkara itu belum boleh dikongsi.

“Iya, Syamsul sudah failkan cerai pada jam 2 petang tadi. Alasannya, tiada persefahaman. Nanti saya akan maklumkan maklumat mengenai sebutan seterusnya. Saya akan sahkan tarikh sebutan kemudian.

“Tapi, memang Syamsul sudah failkan (perceraian) petang tadi,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Syamsul, 40, didakwa sudah memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini