comscore
Tumpuan :
Nasional

Peguam ibu bapa Zayn Rayyan bantah prosiding tertutup

Peguam kepada bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abdul Moin berkata, asas bantahan adalah terhadap tiada kenyataan yang jelas dalam Kanun Tatacara Jenayah untuk proses berkenaan.

Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Kedua-dua peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin merekodkan bantahan kepada prosiding tertutup melibatkan Ibu kepada Zayn Rayyan di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya.

Difahamkan Ibu Zayn Rayyan dibawa ke mahkamah untuk memberi pengakuan bersalah kepada Majistret.

Peguam kepada bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abdul Moin berkata, asas bantahan adalah terhadap tiada kenyataan yang jelas dalam Kanun Tatacara Jenayah untuk proses berkenaan.

“Apabila kami masuk ke kamar mahkamah dan bertanyakan apakah asas kehadiran pegawai penyiasat serta OYDS hari ini, kami dibenarkan untuk membuat bantahan terhadap prosiding ini.

“Asas-asas bantahan pihak kami berdasarkan kepada peruntukan undang-undang dimana dalam Kanun Tatacara Jenayah, tidak ada dinyatakan apa-apa proses yang jelas berkaitan dengan permohonan seperti ini.

“Kami juga bertanyakan kepada pegawai penyiasat kenapa prosiding ini tidak dimaklumkan lebih awal,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media ringkas disini.

Tambah Fahmi lagi, bantahan pertama telah direkodkan oleh pihak mahkamah dan mahkamah juga sudah dimaklumkan bahawa kedua-dua peguam tidak mengetahui ibu Zayn Rayyan yang juga Orang Yang Disyaki (OYDS) dibawa ke mahkamah.

“Jadi bantahan pertama telah direkodkan oleh pihak mahkamah, dan pihak mahkamah juga sedia maklum bahawa kami tidak dimaklumkan.

“Dan atas tiada peruntukkan khusus untuk membuat permohonan ini, kami juga menyatakan bahawa ia sangat prejudis terhadap anak-anak guam.” katanya lagi.

Loading...
Terkini