comscore
Tumpuan :
Nasional

Peguam disiasat terlibat pengubahan wang haram pemulihan aset 1MDB

Tan Sri Azam Baki

PUTRAJAYA: Siasatan sedang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa individu yang didakwa terbabit dalam rasuah dan pengubahan wang haram semasa usaha pemulihan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh kerajaan.

Menurut sumber, salah seorang individu terlibat adalah seorang peguam yang didakwa menerima sejumlah wang rasuah yang dikatakan telah dilaburkan di dalam sebuah syarikat menjalankan pelaburan tidak berlesen pernah diambil tindakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2021.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan berkenaan dijalankan berkaitan kes rasuah di bawah Akta SPRM 2009 serta kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas laporan media mengenai kehadiran pegawai SPRM di sebuah firma guaman untuk memperolehi dokumen tertentu.

Azam berkata, kehadiran pasukan SPRM itu tidak menyalahi mana-mana akta yang berkuat kuasa kerana pihaknya mematuhi peraturan serta menyedari privasi antara peguam terbabit dan klien-kliennya.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini