comscore
Tumpuan :
Nasional

Peguam dedah Wahab belum beri keterangan kerana faktor keselamatan 

Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani. – Gambar fail

KAJANG: Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani masih belum tampil memberi keterangan berhubung video perbualan yang tular, disebabkan faktor keselamatan.

Peguam yang mewakilinya, Faizal Rahman bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bila Abdul Wahab akan tampil untuk berbuat demikian.

Faizal berkata, Abdul Wahab akan dipanggil pihak polis dalam masa terdekat, namun tidak boleh dinyatakan tarikhnya.

“Banyak faktor yang kita ambil kira terutama dari segi keselamatan.

“Apa pun pihak kami dan polis akan memberi kerjasama,” katanya selepas menemani bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, hari ini.

 

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini