comscore
Tumpuan :
Nasional

Pegawai kadet UPNM dipercayai cedera dibuli senior

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Sungai Besi dipercayai menjadi mangsa buli dan dera, baru-baru ini.

Menurut sumber, difahamkan mangsa yang mengambil jurusan kejuruteraan menjadi mangsa buli penuntut senior.

“Bagaimanapun perbuatan itu terbongkar selepas pemeriksaan berkala dijalankan jurulatih bertugas ketika itu selepas menyedari kesan kecederaan pada tubuh mangsa,” katanya.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu.

Sebelum ini, pada 2017, negara digemparkan dengan kematian tragis pegawai kadet laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain akibat dibuli, dipukul dan diseksa apabila hampir keseluruhan anggota badannya berulang kali ditekap menggunakan seterika wap.

Susulan itu, enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Julai lalu kerana didapati membunuh Zulfarhan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini