IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengenakan tindakan tatatertib ke atas seorang pegawainya didakwa mengeluarkan kenyataan di media sosial yang bersifat penghinaan terhadap seorang Menteri.
Dalam kenyataan dikeluarkan JAIPk berkata, tindakan selaras Peraturan 19(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 agar menjadi pengajaran kepada penjawat awam lain, selain lebih beretika dalam mengendalikan media sosial.
JAIPk juga kesal dengan kenyataan yang dimuat naik dengan menambahkan bahawa segala perkataan dan kenyataan yang dikeluarkan itu atas pandangan peribadi pegawai berkenaan dan tidak sama sekali mewakili JAIPk.
“Pihak jabatan memohon maaf kepada semua pihak berhubung isu ini dan akan mengambil langkah tegas untuk memastikan perkara sama tidak berulang lagi,” menurut kenyataan.
Difahamkan pegawai di bawah JAIPk itu sudah membuat permohonan maaf terbuka menerusi video yang disiarkan di media sosial atas ketelanjurannya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.